
Selamat datang ke Kyusen Machinery & Construction Sdn Bhd yang merupakan pembekal jentera pembinaan dipercayai di Malaysia. Kami pakar dalam pembekalan, penyewaan dan penyelenggaraan jentera berat untuk menyokong pelbagai jenis projek, termasuk pembangunan perindustrian, pembinaan komersial dan kerja-kerja infrastruktur negara.
Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam industri ini, kami memahami cabaran setiap projek dan komited untuk menyediakan peralatan yang menjamin kecekapan, kebolehpercayaan dan nilai. Kami memastikan setiap unit dipilih, diselenggara dan diservis dengan teliti mengikut piawaian tertinggi. Kebanyakan unit kami diimport terus dan diperhaharui sehingga hampir "seperti baharu", dengan ini, memberi pelanggan akses kepada peralatan berprestasi tinggi pada harga yang kompetitif.
Di Kyusen Machinery & Construction, kami menyediakan penyelesaian komprehensif untuk menyokong projek anda dengan kebolehpercayaan dan kecekapan:


Di Kyusen Machinery & Construction, kami komited untuk memberikan nilai, kebolehpercayaan dan membina perkongsian jangka panjang dengan pelanggan kami. Sama ada anda memerlukan penyelesaian kuasa, jentera pembinaan atau perkhidmatan sewaan, kami berusaha untuk menyokong perniagaan anda dengan peralatan dan perkhidmatan terbaik di pasaran, selaras dengan misi kami untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam industri pembinaan. Dengan menyediakan jentera berkualiti, perkhidmatan yang dipercayai dan penyelesaian yang berkesan dari segi kos, kami memperkasa pelanggan kami untuk menyelesaikan projek dengan jayanya dan tepat pada masanya.
